PELAKON Hanez Suraya Abdul Aziz, popular dengan drama "Love You Mr. Arrogant", memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas.
Hanez Suraya, 28,memfailkan saman itu menerusi Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada November tahun lepas telah menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, sebagai defendan.
Media memperoleh salinan saman itu hari ini menerusi peguam Harjit Singh dan Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili pelakon itu ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Adibah Abdul Kadir.Wan Nurliyana memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 17 April untuk pengurusan kes.Prosiding itu turut dihadiri Hanez Suraya.
Hanez Suraya dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas.Mohd Fairus juga didakwa telah memburukkan diri pelakon itu kepada rakan lain, rakan artis dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya.
Pelakon itu mendakwa pada 16 Oktober tahun lepas beliau telah menghantar satu salinan surat sebelum tindakan 'Letter of Demand' kepada Mohd Fairus menerusi peguamnya tetapi bekas pembantu peribadinya itu enggan menandatangani salinan surat itu sebagai bukti penerimaan.
Duta kepada produk kecantikan "Aura White" itu juga mendakwa surat tersebut, antara lain mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepadanya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut, namun bekas pembantu peribadinya itu telah memuat naik "tweets" selepas menerima surat itu.
Artis itu mendakwa pada 17 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus ada berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf dan permohonan maaf itu telah dimuat naik Mohd Fairus di Twitter dan Instagram.
Hanez Suraya mendakwa selepas permohonan maaf itu beliau berpendapat bahawa perkara itu telah selesai, namun pada 19 Oktober dan 22 Oktober tahun lepas, Mohd Fairus telah "retweet" semula tweet daripada akaun yang lain bertujuan untuk memalukannya.
Hanez Suraya mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.
Beliau menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
Labels
- Agama
- AL-QURAN
- ARTIKEL
- ARTIKEL ISLAM
- ARTIKEL UMUM
- artis
- berita
- Berita Pelik
- bodoh
- buat duit
- Cantik
- cinta
- comel
- cool
- cute
- dewasa
- DUNIA
- dunia hiburan
- fakta
- HIBURAN
- HOLLYWOOD
- HOT
- INDONESIA
- info
- info agama
- info kesihatan
- info pelik
- info percintaan
- info perkahwinan
- info semasa
- info umum
- info wanita
- infomasi
- Informasi
- ISU
- JENAYAH
- kejam
- kesihatan
- KHAS
- kisah
- kisah best
- kisah menarik
- kisah sedih
- KONTROVERSI
- KOREA
- lagu
- lawak
- lol
- Lucu
- Malaysia
- menarik
- omg
- panas
- pelik
- perkahwinan
- Perniagaan Kami
- POLITIK
- RAGAM
- sadis
- sedap
- segmen
- Semasa
- serius
- serius'
- sexy
- SINGAPURA
- SUBHAANALLAH
- SUKAN
- TERKINI
- video
- video best
- wtf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Popular Posts
-
Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel kini terse...
-
5 sebab minah howt ni famous amos: 1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida. 2. Gosip pergaduhan antara Neelofa da...
-
gambar hiasan Cubа sајаlаh аnda bауangkаn аpа pеraѕаan anda aрabi...
-
IPOH: Seorang wanita memohon maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey Green Town, Ipoh di atas perbuatannya sehingg...
-
SYARAT diletakkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) yang mewajibkan semua pembekal makanan di stesen minyak milik Petronas menjadi pembekal berdaf...
-
Sedih itulah yang mampu dikatakan apabila wanita ini seolah-olah persendakan agama.lihatlah sendiri pakaiannya walaupun bertudung namun paka...
-
Dewi Persik mengaku beliau diminta beradegan hot dengan vokalis Radja, Ian Kasela. Sebelum ini foto-foto mesra Depe dan Ian telah tersebar l...
-
Urut batin MENURUT pengalaman pengunjung-pengunjung pusat urut di sekitar Lembah Klang, kaedah urutan batin yang ditawarkan di rumah berkena...
-
Biodata Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail Nama Glamor: Emma Ma'embong Umur: 19 (2012) Tarikh Lahir: 27 Mac 1992 Twitter: emma_ma...
-
inilah budak-budak zaman sekarang kecil-kecil pun dah semakin parah namun gambar ini dipercayai diambil dari negara China.

No comments:
Post a Comment